Wednesday 8 February 2012


Don’t Judge a Book By Its Cover





Ada  paham  tajuk  yang  tertulis  diatas ?
Itu  ialah  antara  peribahasa  inggeris  yang  boleh  dikatakan  agak  selalu  digunakan  la ,







Harini  aku  nak  cerita tentang  perkara  yang  pernah  berlaku  dekat  diri  aku .
Kejadian  ni  tak  silap  aku  berlaku  sewaktu  aku berada  di  tingkatan  dua .
Aku ni kira top ten student dalam kelas la masa tu . Masa tu ada la sorang classmate aku ni , dia urghhhhhh ! skema siot ! mandom , dan yang sewaktu dengannya . tu la antara kata kata yang selalu aku tujukan untuk dia . dia lelaki .



Masa tu aku ni agak nakal la . tambahan pula ada pulak budak yang macam tu dalam kelas aku , bagi aku ini rezeki untuk membuli (maklumla nakal masa tu) .
Antara buli yang pernah aku lakukan dekat dia :
Waktu rehat – time dia turun kelas nak ke kantin , aku and the geng tak turun masa tu sebab nak    kenakan si budak skema tu . tau tak apa kami buat ? kami masukkan cicak dalam beg dan kotak pensil dia ! . urghhhh geli siot ! (jahatkan aku masa tu ?)
Masa tu memang takde rasa kesian lansung kat budak tu .
Masa rehat dah berlalu .
Masa mata pelajaran sejarah nak dimulakan , budak tu pon keluarkan la kotak pensil dia . then dia selamber je la masukkan tangan dia dalam tu sebab nak ambil pen . tiba tiba dia menjerit kuat gila ! like a girl ! haha , satu kelas terkejut and gelakkan dia .
Kemudian cikgu yang tengah kusyuk mengajar hampir hampir sakit jantung , haha !
Hari tu pon telah berlalu dan masuk lah hari membuli yang kedua



Pagi semasa pelajar baru hadir kesekolah –
Kebetulan pagi tu aku datang awal ke sekolah , budak skema tu belum datang .
Aku terpikir nak kenakan dia masa tu . hehe !
Pikir punya pikir idea jahat aku tiba tiba muncul .
Tau tak apa aku buat ? haaaaaaaaa ….
Aku letakkan gam dekat kerusi dia ! urghhhhhh .
Biasa la kan , gam kertas warna putih , mana nak Nampak .
Aku letak banyak banyak . lepas beberapa minit dia datang . aku pon rasa tak sabar sabar nak tengok dia duduk atas gam tuh !
Then  dia duduk  , dia tak sedar lansung yang dia dah duduk atas gam . lepas je dari period yang first dan cikgu pon berlalu pergi .
Tiba tiba dia bangun hendak ke tandas , then ada sorang rakan dia tegur , “ eh kau kencing dalam seluar erk ? “


Aku pon terdengar masa tu , aku pon terus riuhkan satu kelas . aku jerit kuat kuat “ wey budak skema kencing dalam seluar ! “
Semua classmate aku pandang kat dia dan dia terus lari keluar kelas tanpa berkata apa apa .

Tiba la exam akhir tahun ~

Aku pon tak henti henti study , sampai naik pitam . haha xde laa !
Aku study biasa biasa je .
Lepas je exam , dalam dua minggu . kami dapat result .
Aku dengan seronoknya nak ambik result J




Masa aku pegang dan teliti result aku , air mata aku macam nak jatuh L
Oh , oh , oh , ! teruknya result aku masa tu ! memang aku tak sangka , sebab sebelum ni aku top ten dalam kelas
Then member aku datang and kasi tahu , “ kau tahu tak budak yang kau selalu buli tu dapat barapa A ? “ aku – “ berapa ?”
“ dia dapat semua A ! “
Aku terus menjatuhkan air mata dengan tanpa kerelaan aku .




Sekarang aku sedar sangat sangat , betapa hebatnya budak tu . sebelum ni aku selalu buli , kutuk dan buat macam macam lagi kat dia .
Aku tahu , result aku jadi macam ni ialah sebab balasan dari tuhan , sebab aku sering membuli budak tu . dan aku kene terima kenyataan yang aku harus minta maaf dekat budak tu .
Lepas beberapa hari , aku jumpa budak tu . aku memang rasa segan dan malu gila nak minta maaf dekat dia . tapi aku tetap nak minta maaf juga dekat dia . aku dengan rasa tebal muka dan terus minta maaf dengan dia .


Korang tahu tak ape dia cakap ? “ takpe aku tk simpan lansung dalam hati apa yang telah kau lakukan kat aku “ ohh . aku terus peluk dia dan menangis L .
Dan dari situ , aku sudah mengubah diri aku dan berjanji takkan JUDGE A BOOK BY ITS COVER  lagi JJJ

Sekian , 

2 comments:

  1. benda sama yg jadi kat aku ; aku top3 dalam kelas .. tp kwn sekelas aku yg dalam lingkungan no30-35 kalahkan result pmr aku . haha :))

    anyway, thanks sbb dtg blog aku.

    ReplyDelete
  2. Hey ! Im here. ;DD

    Gelak guling guling baca yang atas tuh.. tapii bilaa scroll sampai bawah .. Ohnooo !! takung ayaq mata .. wei~~

    the best ! i Loike~~

    ReplyDelete