Saturday 11 February 2012


Fesyen


Apa yg korg tau tentang fesyen ?

Aku memang gila fesyen !

Aku suka ikut gaya trend terkini .


Bkn pompuan je tau yg gila dan suka fesyen ni , laki pon banyak .
Biasalah , masing2 punya cara sendiri . aku suka dengan cara aku .


Walaupun aku jenis yg ikot trend , tp aku xkan ikot trend2 yg pelik2 ni .
Klau yg simple2 of coz aku ikot .


Aku nk kongsi ckit kisah aku yg x amazing ni .
Serius aku ckp kt korg , dulu aku memag x tahu menahu lansong tentang fesyen ni .
Stiap kali aku nk bli baju , aku pasti akan Tanya pendapat org , expecially my aunt laa ,









Dlu aku jnis yg suka pkai baju long hand . aku pn x tau kenapa .
Sampai bleh dikatakan 90% baju aku long hand .


Aku jenis yg suka tgk org lelaki yang lintas depan aku . aku bkn tgk benda lain , aku akan tgk cara dia berpakain . then aku bandingkan dgn aku . ohhhhhh ! betapa buruknya gaya aku !
Dan bermula dari situ aku dh nk ubah cara aku berpakain .


Aku mula search kt google cara fesyen terkini dan lain2 .
Dari situ aku belajar ckit2 .
Dan sekarang , look at me ! its different !


Aku dh x suka dgn baju long hand , skrg aku suka short hand .
Serius short hand memang stail habis . ditambah plak dgn skinny jeans warna hitam .


Phewwwwwit ! terbaik arhhhh .


Korang pon mesti jenis yang gila fesyen kan ?
Mesti punya !
Setakat sini je la dulu J




Lot of love !

Wednesday 8 February 2012


Don’t Judge a Book By Its Cover





Ada  paham  tajuk  yang  tertulis  diatas ?
Itu  ialah  antara  peribahasa  inggeris  yang  boleh  dikatakan  agak  selalu  digunakan  la ,







Harini  aku  nak  cerita tentang  perkara  yang  pernah  berlaku  dekat  diri  aku .
Kejadian  ni  tak  silap  aku  berlaku  sewaktu  aku berada  di  tingkatan  dua .
Aku ni kira top ten student dalam kelas la masa tu . Masa tu ada la sorang classmate aku ni , dia urghhhhhh ! skema siot ! mandom , dan yang sewaktu dengannya . tu la antara kata kata yang selalu aku tujukan untuk dia . dia lelaki .



Masa tu aku ni agak nakal la . tambahan pula ada pulak budak yang macam tu dalam kelas aku , bagi aku ini rezeki untuk membuli (maklumla nakal masa tu) .
Antara buli yang pernah aku lakukan dekat dia :
Waktu rehat – time dia turun kelas nak ke kantin , aku and the geng tak turun masa tu sebab nak    kenakan si budak skema tu . tau tak apa kami buat ? kami masukkan cicak dalam beg dan kotak pensil dia ! . urghhhh geli siot ! (jahatkan aku masa tu ?)
Masa tu memang takde rasa kesian lansung kat budak tu .
Masa rehat dah berlalu .
Masa mata pelajaran sejarah nak dimulakan , budak tu pon keluarkan la kotak pensil dia . then dia selamber je la masukkan tangan dia dalam tu sebab nak ambil pen . tiba tiba dia menjerit kuat gila ! like a girl ! haha , satu kelas terkejut and gelakkan dia .
Kemudian cikgu yang tengah kusyuk mengajar hampir hampir sakit jantung , haha !
Hari tu pon telah berlalu dan masuk lah hari membuli yang kedua



Pagi semasa pelajar baru hadir kesekolah –
Kebetulan pagi tu aku datang awal ke sekolah , budak skema tu belum datang .
Aku terpikir nak kenakan dia masa tu . hehe !
Pikir punya pikir idea jahat aku tiba tiba muncul .
Tau tak apa aku buat ? haaaaaaaaa ….
Aku letakkan gam dekat kerusi dia ! urghhhhhh .
Biasa la kan , gam kertas warna putih , mana nak Nampak .
Aku letak banyak banyak . lepas beberapa minit dia datang . aku pon rasa tak sabar sabar nak tengok dia duduk atas gam tuh !
Then  dia duduk  , dia tak sedar lansung yang dia dah duduk atas gam . lepas je dari period yang first dan cikgu pon berlalu pergi .
Tiba tiba dia bangun hendak ke tandas , then ada sorang rakan dia tegur , “ eh kau kencing dalam seluar erk ? “


Aku pon terdengar masa tu , aku pon terus riuhkan satu kelas . aku jerit kuat kuat “ wey budak skema kencing dalam seluar ! “
Semua classmate aku pandang kat dia dan dia terus lari keluar kelas tanpa berkata apa apa .

Tiba la exam akhir tahun ~

Aku pon tak henti henti study , sampai naik pitam . haha xde laa !
Aku study biasa biasa je .
Lepas je exam , dalam dua minggu . kami dapat result .
Aku dengan seronoknya nak ambik result J




Masa aku pegang dan teliti result aku , air mata aku macam nak jatuh L
Oh , oh , oh , ! teruknya result aku masa tu ! memang aku tak sangka , sebab sebelum ni aku top ten dalam kelas
Then member aku datang and kasi tahu , “ kau tahu tak budak yang kau selalu buli tu dapat barapa A ? “ aku – “ berapa ?”
“ dia dapat semua A ! “
Aku terus menjatuhkan air mata dengan tanpa kerelaan aku .




Sekarang aku sedar sangat sangat , betapa hebatnya budak tu . sebelum ni aku selalu buli , kutuk dan buat macam macam lagi kat dia .
Aku tahu , result aku jadi macam ni ialah sebab balasan dari tuhan , sebab aku sering membuli budak tu . dan aku kene terima kenyataan yang aku harus minta maaf dekat budak tu .
Lepas beberapa hari , aku jumpa budak tu . aku memang rasa segan dan malu gila nak minta maaf dekat dia . tapi aku tetap nak minta maaf juga dekat dia . aku dengan rasa tebal muka dan terus minta maaf dengan dia .


Korang tahu tak ape dia cakap ? “ takpe aku tk simpan lansung dalam hati apa yang telah kau lakukan kat aku “ ohh . aku terus peluk dia dan menangis L .
Dan dari situ , aku sudah mengubah diri aku dan berjanji takkan JUDGE A BOOK BY ITS COVER  lagi JJJ

Sekian , 

Saturday 7 January 2012

WHAT ?


RIDZUAN


pot - pet


I’m Simple Person






Actually aku x laa pandai sgt nk pot pet pot pet mcm org lain expecially kaum hawa la .
Aku mula jinak dgn blog ni bila ramai skrg ni yg gila blog dan aku pon rasa nk buat jgak .
Mgkin diorg ni banyak kisah hidup yg menarik thats why diorg gila sgt blog ni dk crita kisah hidup diorg .








Seperti yg aku ktakan “I m simple person “
Kisah hidup aku x la menarik sgt , biasa biasa je .





Aku ni jenis yg x suka jiwang jiwang ni .
Geli geleman . that’s why aku belom punya pacar .
Tp x penting pon awek ni . just untuk suka suka je .
Klau nk kapel , tggu la bg ckup umur dulu .
Masa 2 baru la elok ckit sbb dah cukup matang .
X payah la crita pasal kapel kapel ni . mluat !





Aku ni x la kaya x la miskin . senang crita , sederhana la . aku ni x la hensem tp comelnya ada . bluerkkk ! * perasan . aku 17 tahun dan bersekolah di . . . x payah tahulah . biarlah rahsia bak kata dato siti .



Aku ni memang agak membosankan , tapi member aku cakap aku ni happening J
So enjoy my entry  J J J